Thursday, 12 September 2019

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

 Sistem Pengurusan Pembelajaran

Apa itu sistem pengurusan pembelajaran? 

     Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian yang berfungsi untuk :


  • pentadbiran
  • dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian
  • program e-pembelajaran
  • kadar latihan

     Hasil dari kerjasama dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU telah merintis kepada LMS. Pihak MAMPU telah merintis LMS di bawah insiatif Perisian Terbuka atau Open Sources Software (OSS).LMS terbahagi kepada kepada dua iaitu :





 Image result for moodle di uniten   
    Contoh penggunaan Moodle di UNITEN

    LMS telah digunakan secara meluas kerana ia percuma dan boleh diubah suai. LMS juga telah digunakan secara meluas oleh pensyarah dan pelajar di UKM. Melalui LMS penyebaran maklumat dapat dilakukan dalam temoh masa yang singkat serta tidak memerlukan kos yang tinggi. Hal ini telah membantu para pelajar untuk mengakses maklumat dengan lebih mudah.


8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat

     LMS adalah istilah yang digunakan dalam sistem yang menyediakan capaian perkhidmatan pembelajaran kepada para pelajar,guru dan pentadbir sistem. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :




     Ciri-ciri utama LMS adalah boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ini secara tidal langsung telah membolehkan pelajar menguruskan masa dengan lebih efektif. Pelajar tidak kira berada di mana di waktu bila-bila sama ada malam atau pagi boleh mengakses serta meneroka maklumat secara terus di perpustakaan digital atau laman web dengan lebih mudah dan pantas. Masa juga dapat dijimatkan dengan berbincang secara atas talian. LMS secara umumnya memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Antara ciri-ciri utama LMS ialah :



Selain dari ciri-ciri utama LMS terdapat juga ciri-ciri lain :
  • menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan kendiri berpandu
  • mudah ali sokongan dan standard
  • meningkatkan perjumpaan kelas tak berjadual
  • meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain
  • menawarkan kelas hibrid
  • memusatkan strategi pengajaran dan pembelajaran

8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Maklumat (LMS)


    Di era globasilasi ini,LMS secara umumnya telah memberikan impak yang besar. LMS telah digunakan bagi menyeragamkan usaha pentadbiran, memudahkan dan memastikan anggota menerima tugasan yang sesuai bagi menguruskan bilik darjah  dan sebagainya.Tujuan penggunaan LMS secara meluas adalah kerana :




8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Maklumat

     Maklumat yang kemas dan sistematik serta tepat sangat berguna untuk digunakan oleh pelajar yang memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran di era ini.





















PENYESUAIAN SOSIAL

PENYESUAIAN SOSIAL


Penyesuaian merupakan satu proses perubahan ataupun proses adaptasi.

Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti tingkah laku,hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan seseorang.

Secara terperinci,penyesuaian sosial ialah keupayaan individu meyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.

Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan persekitaran seperti para pensyarah,rakan-rakan dan suasana agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.



KEMAHIRAN INTERPERSONAL


Merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.


Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal:





Tujuan mempelajari hubungan interpersonal adalah untuk membantu memperoleh pengetahuan:

  1. Memujuk atau mempengaruhi pelajar.
  2. Menjadi pemudah cara yang berkesan.
  3. Membina dan mengembangkan segala kebolehan diri pelajar.
  4. Membina hubungan yang berkesan dengan pelajar.
  5. Menggunakan pendekatan mesra pelajar.



Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti:

  1. Fizikal (lokasi bilik,ruang komunikasi,posture dan gesture)
  2. Observatori atau melakukan pemerhatian pada perasaan,pemikiran dan tindakan serta mendengar dengan baik.
  3. Memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada orang yang dilayan.


KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya,apakah perasaannya,apa yang ingin dilakukannya,apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu.


Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda memperbaiki kemahiran intrapersonal adalah:
  1. Menyimpan jurnal atau diari.
  2. Menghuraikan perasannya terhadap sesuatu mata pelajaran.
  3. Menilai kerja sendiri.
  4. Mengisi borang.
  5. Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami.
  6. Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri.
  7. Melaksanakan projek secara individu.
  8. Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri.
  9. Membuat refleksi secara senyap.
  10. Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri dan dapat menjelaskannya).
  11. Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus.
  12. Menggunakan kemahiran menaakul.


PELAJARAN SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN


  • Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusian yang memungkinkan berlakunya penyesuaian sosial.
  • Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman yang bermakna,wajar dan semula jadi.
  • Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama,memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.
  • Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran  sesuai dengan cara semula jadi manusi belajar dan sesuai dengan keadaan sebenar dunia.
  • Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran ,bekerja secara kolaboratif,memperbaiki kemahiran pedagogidan meningkatkan prestasi akademik pelajarnya.

ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Perkongsian maklumat secara amnya melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat,penapisan dan nilai yang terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah organisasi.Kesemua fasa ini secara keseluruhan membenarkan sesebuah organisasi itu untuk belajar dan bertindak balas dalam usaha membina,mengekal dan menambahkan kelebihan persaingan (Ganesh, 2001)

Terdapat pelbagai isu yang perlu diteliti dan dikaji agar maklumat tersebut benar-benar memberi manfaat kepada kita seperti:
  1. Gaya dan corak kepemimpinan di dalam organisasi.
  2. Kemudahan dan teknologi yang disediakan.
  3. Budaya kesanggupan berkongsi maklumat.
  4. Personaliti individu yang menyampaikan maklumat
  5. Pengiktirafan kepada perkongsian maklumat berkenaan.
  6. Peneguhan kerjaya.
  7. Polisi organisasi.
  8. Kesanggupan meluangkan masa untuk perkongsian maklumat.
  9. Berkebolehan untuk mengukur kebenaran sesuatu maklumat.

ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

  • Gender ialah perbezaan sifat,peranan,fungsi dan status antara lelaki dan perempuan.
  • Perubahan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut keadaan seperti budaya,keadaan dan situasi di mana mereka berada.
  • Penguasaan pelajar perempuan dalam bidang akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika kita tidak mahu ketinggalan.
  • Biarpun pelajar lelaki dikatakan ketinggalan dalam bidang akademik namun apabila mereka diberikan cara dan kaedah yang tepat,ereka boleh berjaya dengan cemerlang juga.
  • Kematangan pelajar perempuan boleh dilihat apabila mereka sangat teliti,rajin membawa buku kemana- mana sahaja dan khusyuk di dalam kelas manakala pelajar lelaki hanya fokus selama 15 minit yang pertama dan selebihnya hanya bermain-main,mengusik kawan dan bergurau senda.
  • Namun begitu,kematangan lelaki dalam berfikir menjadi sangat pantas apabila berada pada tahap tertentu.Pada waktu itu,lelaki berfikir menggunakan akal dan perempuan berfikir menggunakan emosi.
  • Bilangan pelajar di universiti awam dan swasta yang dimonopoli oleh pelajar perempuan iaitu sebanyak 70%.
  • Faktor gender telah memberikan keajaiban semula jadi kepada wanita kerana menurut kajian kadar ingatan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
  • Bagi mengatasi ketidakseimbangan tersebut,kita perlu keluar dari bentuk sistem pendidikan yang bersifat punitif.
  • Mereka yang cemerlang akan terus diberikan peluang manakala yang tidak cemerlang akan ketinggalan.
  • Keadaan ini sepatutnya diubah untuk membolehkan mereka yang lambat memahami proses menerima pengetahuan mendapat peluang kedua atau ketiga seperti yang diinginan oleh pendemokrasian pendidikan.
  • Situasi ini perlu diberikan perhatian dan pertimbangan kerana mereka yang gagal dalam pendidikan turut menyumbang kepada masalah sosial dalam masyarakat.
  • Mereka menganggap dirinya tidak dapat menyumbang dan mengalami masalah dalam penerimaan masyarakat.
  • Oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab guru terutamanya untuk memastikan setiap pelajar dapat belajar dengan berkesan sehingga mereka boleh menjadi insan yang cemerlang.
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS.

BAB 6: KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS.
v  Merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
v  Terdapat 4 kemahiran dalam memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis iaitu:


ü  Menganalisis maklumat yang dikumpul.
ü  Mentafsir dan membuat kesimpulan.
ü  Menilai maklumat.
ü  Mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis.
6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL:
Ø  Satu proses mengenalpasti data penting bagi mencadangkan kesimpulan serta menyokong keputusan yang dibuat.
Ø  Data haruslah 3 ataupun lebih untuk membolehkan proses menganalisis dijalankan.
Ø 
Data juga perlu dalam bentuk kualitatif ataupun kuantitatif supaya memudahkan proses menganalisis.


 

6.2 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS.


  • Sintesis: peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru serta bersepadu.
  • Rumus, kesimpulan, gubah dan gabung fakta.
  • Mudahkan pemahaman.
  • Gabung idea, gubal semula dan akhir sekali satukan semula idea.
Konsep 5W dan 1S.
Tujuan: mudah sesuaikan dengan laporan dan mengetahui tahap pengetahuan pembaca.
  • why: kenapa laporan perlu dibuat?
  • what: apa tujuan?
  • when: jangka masa?
  • who: siapa pihak yang meminta laporan dibuat?
  • whom: sasaran atau untuk siapa?
  • scope: lingkungan
Ciri-ciri laporan yang baik adalah mempunyai tujuan, kualiti dan kategori(5C1P).

6.3 MENILAI MAKLUMAT.

6.4 MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN.
Tujuan mentafsir maklumat:


  • Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperolehi.
  • Menyatakan hubungan antara maklumat.
  • Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan.
Prinsip Asas dalam Pentaksiran.


KESIMPULAN.
Apabila sesuatu maklumat telah diperoleh, maklumat tersebut hendaklah diingati dan dikaji, Oleh itu, bahan bertulis yang sering dilakukan untuk pemprosesan maklumat hendaklah disediakan dan dikuasai.








SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

  Sistem Pengurusan Pembelajaran Apa itu sistem pengurusan pembelajaran?       Sistem Pengurusan Pembelajaran   atau lebih dikenali ...